Microsoft mengumumkan pelaburan 2.2 bilion dolar Amerika atau 10.48 bilion ringgit dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.<br /><br />Perkara itu diumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella ketika memberi ucaptama mengenai era baharu Kecerdasan Buatan (AI) di Kuala Lumpur pada Khamis.<br />